Wah, dah lame rasenye tidak mengupdate blog yang humble ini. Maklumlah, almost semua Kirbyans, (kecuali Mirza) sangat bizi dengan hal hidup masing. Ade yg bz pegi torrens river, ade yang bz berkerja, ade yang bz berbasikal ke city, ade yang bizi balik kampung main tennis dan lain-lain. Memang begitulah kehidupan kitorg yang slalu bz ini. Namun, kami sentiasa mementing hal-ehwal rumah tangga danhousemates horsemite2. Saling ‘tegur-menegur’ merupakan amalan kami yang setakat ini tidak gagal lagi memisahkan keakraban semua Kirbyans.
Pada hari ini, Encek Mirza Tenang dengan kerjasama muhibah Encek Kam Zhe Quan telah mengubah suai kedudukan perabot di bilik mereka. Setelah setahun lebih hidup dengan susunan katil, meja n almari yang sama sejak pindah dulu, satu persefamahan telah berjaya dicapai antara dua chambermates ini.
Objektif utama perubahan susunan perabot ini adalah semata-mata untuk memberi ultimate privacy kepada Encek Zhe Quan. Encek Kam ialah seorang yang sangat aktif berchatting pada waktu malam, dan beliau terpaksa menutup window chat everitaim encek Tenang ingin berkomunikasi dengan beliau. Menyedari hal ini, encek Tenang terus mencari jalan penyelesaian di mana encek Kam boleh berchatting dengan aman-damai dan pada masa yang same encik Tenang tidak dihalau keluar bilik. Shappow! Idea mengalih perabot ni mula menghantui fikiran si Tenang.
Setelah mengadakan beberapa rundingan damai bersama Enchek Kam, beliau mula bersetuju utk memikirkan tentang idea ini. setelah 72 jam memikirkan hal ini, Encek Quan kate, Yes! Maka, berlangsunglah operasi mengubah kedudukan perabot bilik Utama di New Kirby.

Pix1: Sebelum process perubahan dilaksanakan.

Pix2: Barang2 side perlu dikeluarkan sebentar bagi memberi ruang pergerakan perabot. maklumlah, bilik kami kecik ajer.

Pix3: Chak! New formation of the perabots. =)

Pix4: Meja Enchek Tidak-Cemas telah di campak jauh dari meja Enchek Kam
Diharap pengubahsuaian bilik ini akan memberi impak yang positive kepada dua2 pihak terutamanya, Enchek Kam. Sekian.